Friday 29 December 2017

penyewa saga dari singapura

Cuti hujung tahun hampir melabuhkan tirainya dalam beberapa Hari lagi. Alhamdulilah Penyewa dari singapura menyewa Saga sempena Majlis perkahwinan saudaranya Di Seberang Takir.
#keretasewaseberangtakir
#keretasewakualaterengganu
#keretasewakualanerus
#keretasewaterengganu
#keretasewamurah

Tuesday 26 December 2017

index

KERETA SEWA / CAR RENTAL     Tel @ wassup 019 743 4242
KERETA SEWA / CAR RENTAL     Tel @ wassup 019 743 4242
KERETA SEWA / CAR RENTAL     Tel @ wassup 019 743 4242

kereta sewa terengganu car rental
kereta sewa di terengganu car rental at terengganu
kereta sewa kuala terengganu car rental
kereta sewa di kuala terengganu car rental at kuala terengganu
kereta sewa murah di terengganu cheap car rental at terengganu
kereta sewa murah terengganu cheap car rental
kereta sewa murah di kuala terengganu kereta sewa murah kuala terengganu
kereta sewa myvi car rental
kereta sewa axia car rental
kereta sewa alza car rental
kereta sewa exora car rental
kereta sewa bezza car rental
kereta sewa seberang takir car rental
kereta sewa gong badak gong badak car rental
kereta sewa airport sultan mahmud car rental
kereta sewa lapangan terbang sultan mahmud
kereta sewa car rental
kereta sewa bujet bujet car rental
kereta sewa di batu buruk batu buruk car rental
kereta sewa kuala nerus car rental
kereta sewa murah cheap car rental
kereta sewa hotel tabung haji kuala terengganu/ tabung haji hotel car rentalkereta sewa hotel primula / primula hotel car rentalkereta sewa hotel permai park inn / permai park inn car rental
kereta sewa hotel rimba / rimba hotel car rental  
kereta sewa grand continental car rental                
KERETA SEWA / CAR RENTAL     Tel @ wassup 019 743 4242
KERETA SEWA / CAR RENTAL     Tel @ wassup 019 743 4242
KERETA SEWA / CAR RENTAL     Tel @ wassup 019 743 4242    

kereta sewa tanjung vista car rental    
kereta sewa batu buruk beach resort car rental    
kereta sewa ming star car rental     
kereta sewa paragon car rental         
kereta sewa dj citi point hotel car rental             
kereta sewa hotel grand puteri hotel car rental      
murahnya kereta sewa
kereta sewa duyong marina &  resort car rental
kereta sewa TH Hotel & Convention Centre car rental
kereta sewa Terengganu Sumai Hotel Apartment car rental
kereta sewa (SEAVIEW) AKELINEE GUESTHOUSE APARTMENT car rental
kereta sewa Hotel Yt Midtown Kuala TerengganuPermai Hotel Kuala Terengganu car rental
kereta sewa Felda Residence Kuala Terengganu Opens in new window car rental kereta sewa Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu car rentalkereta sewa Vistana Oasis Homestay car rentalkereta sewa Hotel Tanjong Vista car rentalkereta sewa The Regency Waterfront Hotel car rentalkereta sewa Hotel Ming Star car rentalkereta sewa Permai Hotel Kuala Terengganu car rental
kereta sewa Ada Hotel & Apartment car rentalkereta sewa Asia Premium Hotel car rentalkereta sewa Transit Inn Kuala Terengganu car rentalkereta sewa Suite 18 Boutique Hotel car rentalkereta sewa Hotel K T Mutiara car rental
KERETA SEWA / CAR RENTAL     Tel @ wassup 019 743 4242
KERETA SEWA / CAR RENTAL     Tel @ wassup 019 743 4242
KERETA SEWA / CAR RENTAL     Tel @ wassup 019 743 4242

Thursday 21 December 2017

cuaca pada hari ini

Keadaan cuaca pada Hari ini diPantai tok jembal , Kuala Nerus..
Berbahaya utk aktiviti nelayan terutamnya bot2 Kecil,
Tapi jangan risau kedai-kedai menjual ikan, sotong, undang celup tepung dibuka seperti biasa....





#pantaitokjembal
#kualanerus
#kampungkita
#ict
#sotongceluptepung
#ikanceluptepung
#bestngak

@ Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman


Wednesday 20 December 2017

Penukaran minyak hitam

Bilakah Tempoh Anda Sepatutnya Tukar Minyak Enjin?



tukar-minyak-hitam-bg
SAYA ada selongkar beberapa blog, ada yang beritahu minyak semi-synthetic sebenarnya sampai 10,000km dan fully-synthetic sampai 25,000km. Ada kata semi-synthetic 5,000km dan fully-synthetic 10,000km (pendapat yang selalu dengarlah). Saya pun jadi confuse mana satu yang betul tepat?

Saya ada persoalan, juga pendapat sebenarnya. Kalau diikutkan kadar perbatuan, dah tak berapa nak logik digunakan sebab sebagai contoh, kereta di KL kebanyakannya sangkut dalam jammed. Jumlah masa kerja enjin bertambah, tapi kadar mileage tak berubah. Lain yang berada di kampung atau kawasan tidak jammed, kadar mileage dengan kadar masa kerja enjin boleh dikatakan seimbang. Pendapat abang?
Mungkin abg boleh bangkitkan isu jumlah sebenar kadar perbatuan minyak semi-synthetic dan fully-synthetic yang lebih tepat dan nisbah masa gerak kerja enjin dengan kadar perbatuan yang mungkin ramai tak sedar, terutama kawasan bandar.
- Apittt
SEBENARNYA debat mengenai bilakah tempoh masa tepat untuk menukar minyak enjin (tidak kira jenis mineral atau sintetik) sangat sofistikated dan panjang. Anda akan menemui tiga pihak, iaitu pengeluar kereta, pembuat bendalir dan mekanik yang masing-masing mengeluarkan fakta masa servis yang kadangkala mengelirukan.
Kita akan ulaskan satu persatu.

KENAPA TEMPOH TUKAR MINYAK ENJIN BERBEZA?

minyak-enjin
i. SARANAN PENGELUAR KERETA
Setiap pengeluar kereta mempunyai jenama minyak enjin tertentu yang disaran digunakan setiap kali servis. Asasnya, kebanyakan pengeluar kereta moden hari ini menetapkan tempoh servis setiap 10,000km atau enam bulan sekali. Semestinya saranan itu adalah terbaik untuk diikuti kerana jenis dan gred minyak tersebut sememangnya digunakan pengeluar kereta anda dalam fasa pembangunan dan ujian.
Disebabkan itulah anda diwajibkan mematuhi tempoh servis ditetapkan pengeluar jika tidak mahu segala terma dan syarat waranti terbatal. Ini kerana setiap ujian reliabiliti kereta anda dibuat mengikut had masa selamat dengan menggunakan minyak hitam disarankan, walaupun faktanya bendalir digunakan mampu bertahan lebih lama.
Kenapa buat begitu? Sudah tentu untuk melindungi industri kereta itu sendiri. Bayangkan servis diwajibkan setiap 25,000km mengikut standard pembuat bendalir, bukankah ia akan menjejaskan kitaran pendapatan pengeluar kereta?

ii. SARANAN PEMBUAT BENDALIR
Ingat, pembuat bendalir tidak semestinya menghasilkan minyak mereka untuk jenama kereta tertentu sahaja. Malah, penyelidikan bendalir dalam automotif membabitkan pelbagai jenis enjin. Memang ada minyak enjin sintetik yang mampu bertahan hingga 25,000km perbatuan. Setakat ini, cuma Jaguar saja mensyaratkan pemiliknya menukar minyak enjin atau servis setiap 25,000km.
Jadi, jangan terkejut jika anda dapati tempoh masa menukar minyak enjin yang disarankan pembuat bendalir lebih lama berbanding apa yang diwajibkan pengeluar kereta.
iii. SARANAN MEKANIK
Jika berjumpa mekanik di pusat servis pengeluar, semestinya mereka mengesyorkan anda menukar minyak enjin seperti disarankan pengeluar. Sebaliknya jika anda bertanya mekanik luar (yang jujur) atau pakar bendalir automotif, mereka pasti menasihatkan anda supaya menukar mengikut saranan pembuat bendalir.

JADI SIAPA BETUL? MAHU IKUT SIAPA?

betul-dan-salah
Sebenarnya, tiada siapa betul dan tiada siapa salah. Sudah tentu kami menyarankan anda menggunakan minyak enjin seperti disarankan pengeluar kereta, termasuk mematuhi tempoh servis ditetapkan.
KENAPA? BUKANKAH ITU SEPERTI SATU PENIPUAN?
Ingat, minyak hitam anda mungkin dapat bertahan lama, tetapi tidak bagi komponen lain yang mungkin tidak dapat bertahan selama itu. Justeru tetapan masa diberikan pengeluar ialah tempoh paling munasabah yang bukan sekadar menukar minyak enjin saja seperti yang anda selalu bayangkan. Tetapi ia sebenarnya turut membabitkan pemeriksaan dan penukaran komponen serta alat ganti lain juga. Bayangkan kondisi kereta anda tanpa diperiksa selama lebih setahun semata-mata menunggu tempoh menukar minyak enjin yang belum sampai.
Jadi, ikut saja saranan pengeluar kereta. Namun, bagi anda yang mengambil kira setiap nilai wang yang perlu dibelanjakan, anda boleh beralih kepada saranan pembuat bendalir atau mekanik yang dipercayai sebaik saja tempoh waranti kereta tamat. Tiada apa yang perlu anda takutkan.

BETULKAH KERAP MENUKAR MINYAK ENJIN LEBIH BAGUS

tukar-minyak-hitam
Disebabkan jarak masa menukar minyak enjin bagi kereta masa kini lebih lama berbanding kereta sedekad lalu, sesetengah kita mengalami perasaan risau tentang kondisi kereta mereka. Jika dulu servis setiap tiga bulan sekali, tetapi sekarang sudah enam atau lapan bulan sekali.
Sudahnya, anda ambil keputusan sendiri dengan menukar minyak enjin lebih awal berbanding masa ditetapkan. Ada yang menghantar servis 2,000 hingga 3,000km lebih awal berbanding perbatuan ditetapkan. Kononnya kereta jadi lebih terjaga dan selamat jika kerap ditukar minyak enjin.
Tahukah anda, komitmen pembuat bendalir juga sama seperti pengeluar kereta? Jika pengeluar kereta hari ini sedaya upaya cuba menghasilkan produk yang mesra alam, hal sama turut dilakukan pembuat bendalir. Antara tujuan utama pembuat bendalir menghasilkan minyak enjin yang mampu bertahan lebih lama adalah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Ya, bukan sekadar tentang realibiliti mekanikal sahaja!
Jadi, kekerapan anda menukar minyak enjin bermakna anda bersubahat ke arah mencemarkan alam sekitar!

KALAU KERETA KURANG BERGERAK, TUKAR MINYAK IKUT KM ATAU BULAN?

kereta-dalam-garaj
Maksudnya begini, tempoh servis kereta anda ialah 10,000km atau enam bulan, tetapi kereta anda kurang berjalan jauh. Mungkin selepas enam bulan, perbatuan kereta anda baru saja 5,000km. Hati anda terdetik; "Sepatutnya 10,000km, rugilah minyak hitam aku kalau servis sekarang."
Jawapannya, anda perlu servis sekarang. Ini kerana minyak enjin yang sudah dituang ke dalam enjin sudah bercampur dengan pelbagai bendasing yang berpotensi melemahkan kelikatan dan ikatan kimia bendalir, sekali gus mengurangkan tahap optimum perlindungan enjin.
Proses degradasi atau nyahgred bukan saja berlaku apabila enjin kerap bekerja, tetapi juga apabila disimpan melebihi had masa tertentu. Ia bukan saja tentang bendalir seperti minyak enjin, tetapi juga terpakai kepada mana-mana cecair pun.
Anda boleh cuba ujikaji ini, simpan air kosong dalam satu bekas. Selepas enam bulan, cuba perhatikan apakah kondisi air kosong yang disimpan itu adalah sama bersih pada mata kasar seperti pertama kali diisi dahulu. Apakah ada keladak di dalamnya? Itulah yang dinamakan proses degradasi walaupun anda tidak pernah mencampurkan air kosong itu dengan apa-apa sebatian asing.
Kesimpulannya, ikut tempoh mana satu sampai dahulu. Mudah bukan?

sumber:: https://pandulaju.com.my/bilakah-tempoh-anda-sepatutnya-tukar-minyak-enjin/