Friday, 12 January 2018

Kereta Alza untuk ke Majlis kahwin di Marang

Kenduri kahwin sahabat penyewa Di Marang,semoga Majlis berjalan dengan baik. Dan semoga perjalanan pergi Dan balik penyewa bersama keluarga selamat hendaknya....
#keretasewa
#keretasewaalza
#keretasewaterengganukite
#keretasewakualaterengganu
 
Nak booking??? Tel / Wassup
0197434242
0197434242
0197434242
#marangnung
Nanananana teranu kite....

Wednesday, 10 January 2018

SUV BARU PROTON 2018 – GEELY EMGRAND X7





  • 56
     
SUV baru Proton 2018! Pasti ramai akan tangkap leleh bila melihat model baru Proton yang dijangkakan akan dipasarkan tidak lama lagi. Kali ini, Proton akan menampilkan kenderaan kelas SUV untuk memberi saingan dalam segmen berkenaan.
Menurut beberapa sumber info, Proton yang dimiliki oleh syarikat dari China, Geely akan menggunakan model Geely Emgrand X7 sebagai model terbaru mereka. Ketika ini, pihak Proton sedang menjalankan beberapa ‘tugasan’ untuk menguji model tersebut.
Berikut adalah beberapa gambar model SUV Proton – Geely Emgrand X7 : Antara yang menarik mengenai Geely Emgrand X7, ia dipacu dengan enjin 2.4L dan transmisi 6-kelajuan (AWD). Kemasan dalaman model keluaran dari China itu juga tidak kurang hebatnya. Jika beberapa model dari China yang lain mampu dipasarkan dengan harga yang menarik di Malaysia, mungkin Proton ‘Emgrand X7’ ini juga bakal dipasarkan dengan harga yang terbaik.
Sama-sama kita nantikan SUV baru Proton 2018 ini.














































































































Sumber:  http://www.ammboi.com/2018/01/10/suv-baru-proton-2018-geely-emgrand-x7/

kereta anda rosak???

Ada masalah kereta rosak? Sewa jer kereta dengan kami..
#keretasewaterengganukite
#keretasewakualaterengganu
#keretasewaterengganu
#keretarosak
#keretasewalapanganterbangsultanmahmud


0197434242
0197434242
0197434242

InsyaAllah yang terbaik kami berikan

PANDUAN ke Tempat Menarik di Terengganu


Kalau anda seorang yang sukakan ketenangan ketika melancong tanpa kesesakan lalu lintas dan ingin mendekatkan diri dengan alam semulajadi seperti hutan lipur, air terjun, pulau & pantai, apa kata bercuti ke tempat-tempat menarik di Terengganu yang kaya dengan destinasi pelancongan sebegini.

Kategori Pelancongan di Negeri Terengganu

Ikuti destinasi percutian menarik di Terengganu di setiap pautan di bawah berdasarkan kategori masing-masing yang menceritakan sinopsis ringkas tentang sesebuah tempat percutian.
  1. Pantai & Alam Semulajadi di Terengganu
  2. Tempat Bersejarah di Terengganu
  3. Tarikan Zoo & Taman Haiwan di Terengganu
  4. Taman Tema & Aktiviti Keluarga di Terengganu
  5. Tempat Shopping Menarik di Terengganu
  6. Tempat Makan Best di Terengganu
  7.  Kereta Sewa Di Terengganu


1. Pulau, Pantai & Alam Semulajadi di Terengganu

tempat percutian menarik di terengganu
Kalau bercuti ke negeri Terengganu, destinasi sebegini adalah yang paling popular. Negeri Terengganu memang tidak dinafi mempunyai banyak tarikan alam semulajadi yang cantik dan menarik seperti pulau, pantai, air terjun, hutan lipur dan sebagainya. Jom kita lihat tempat menarik di Terengganu yang paling top dalam kategori ini.

pulau menarik di terengganu redangPulau Redang – Merupakan destinasi percutian di pulau yang top di Terengganu bahkan di Malaysia kerana mempunyai pantai dan air laut yang membiru jernih. Pelancong ke sini boleh melakukan aktiviti snorkeling atau scuba diving untuk melihat keindahan terumbu-terumbu karang di sini. Di Pulau Redang juga terdapat resort dan hotel yang cantik dan sesuai sebagai destinasi berbulan madu. Perjalanan menaiki bot dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang mengambil masa 1 jam 30 minit & dari Jeti Merang pula dalam 45 minit.

tasik kenyir terengganu tourismTasik Kenyir – Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia ini menawarkan beberapa produk pelancongan yang menarik untuk pelancong. Hasil terbinanya Tasik Kenyir ini adalah disebabkan pembinaan Empangan Kenyir yang secara tidak langsung mewujudkan tasik serta taburan ratusan pulau-pulau kecil. Antara aktiviti menarik di sekitar Tasik Kenyir yang boleh pelancong lakukan adalah memerhati burung liar, melawat santuari gajah, junggle trekking, menerokai gua-gua, memancing, melawat santuari ikan kelah dan bersuka ria di Kenyir Water Park.

tempat menarik terengganu 2017Pulau Perhentian – Satu lagi destinasi pulau yang popular di Terengganu selepas Redang. Pulau Perhentian sebenarnya terdiri daripada 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar & Pulau Perhentian Kecil. Kalau anda sukakan aktiviti menyelam untuk melihat hidupan marin dan terumbu karang, Pulau Perhentian sangat dicadangkan untuk anda bercuti. Kemudahan penginapan seperti resort & chalet juga banyak di sini dan untuk pengetahuan Pulau Perhentian pernah disenaraikan sebagai salah satu destinasi pantai yang tercantik di Dunia oleh CNN.

pulau tenggol terengganu menarikPulau Tenggol – Satu lagi pulau yang menawan di Terengganu yang kecantikan air, pantai & hidupan marinnya setanding dengan Pulau Redang & Pulau Perhentian. Destinasi ini memang tidak asing untuk mereka yang suka menyelam / scuba diving kerana mempunyai kawasan terumbu karang yang cantik serta hidupan marin yang eksotik. Kalau bernasib baik penyelam boleh berjumpa dengan ikan yu.

tempat mandi manda terengganu bestAir Terjun Chemerong – Tempat mandi manda di Terengganu yang sangat popular yang terletak di dalam Hutan Lipur Chemerong yang juga merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Pasir Raja. Lokasinya yang agak pedalaman dari jalan utama pasti menjanjikan keaslian alam flora yang masih kekal terjaga. Air Terjun Chemerong merupakan antara air terjun yang tertinggi di Malaysia dan di sini jugalah tempat pendaki memulakan pendakian menuju ke Gunung Berembun sambil mandi manda di Sungai Bangang yang sangat jernih membiru seperti di laut.

air-terjun-best-terengganuAir Terjun Sekayu – Sebuah lagi tempat mandi manda air terjun yang popular di Terengganu yang terletak di Kuala Berang. Air terjun bertingkat yang jernih di kelilingi Hutan Lipur Sekayu ini memang sesuai untuk pelancong berkelah, buat kem motivasi, berkhemah atau juga menginap di chalet di tepi air terjunnya yang pasti memberi satu pengalaman yang berbeza. Terdapat juga taman tema air mini yang mempunyai water slide yang sesuai untuk kanak-kanak bersuka ria.

2. Tempat Bersejarah & Budaya di Terengganu

tempat bersejarah di negeri terengganuTempat bersejarah di Terengganu mungkin tidak sebanyak yang ada di Negeri Melaka namu bagi yang ingin menyelami budaya dan sejarah tempatan negeri Terengganu, ada beberapa destinasi yang ideal untuk anda lawati.

muzium negeri terengganu besarMuzium Negeri Terengganu – Siapa tak kenal dengan muzium yang gah cantik ini yang juga merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Terdapat banyak galeri dan bilik pameran yang menceritakan pelbagai informasi tentang sejarah, kesenian & budaya orang Terengganu. Pasti yang akan paling mencuri tumpuan anda adalah kecantikan senibina muzium ini sendiri yang sangat unik dan besar. Tengok pada saiz bumbungnya dan bangunannya anda pasti terasa seperti orang kerdil yang memasuki Istana Lama Melayu yang dihuni oleh orang gergasi.

bukit puteri kuala terengganuBukit Puteri – Lokasinya hanya bersebelahan dengan Pasar Besar Payang, Jeti Shah Bandar & berada betul-betul di tepi muara Sungai Terengganu. Bukit Puteri ini wujud sejak ke abad 16 lagi dan merupakan kawasan yang strategik sebagai kubu pertahanan untuk melawan musuh dari arah laut. Di atas Bukit Puteri ini terdapat beberapa laras meriam, rumah genta & loceng besar yang masih kekal dari dahulu sampai sekarang. Pemandangan dari atas Bukit Puteri ini yang menampakkan muara Sungai Terengganu memang sangat menakjubkan.

memorial batu bersurat kuala berangMemorial Batu Bersurat – Terletak di Kuala Berang, destinasi bersejarah ini merupakan tapak di mana Batu Bersurat Terengganu dijumpai pada tahun 1887. Batu Bersurat inilah yang menjadi bukti bahawa agama Islam telah berkembang ke Terengganu sejak 1303 masihi lagi. Tempat ini terjaga rapi dan sesuai sebagai destinasi untuk lawatan sambil belajar dalam menyelami sejarah negeri Terengganu & penyebaran agama Islam khususnya.

kota lama duyong kuala terengganuKota Lama Duyong – Sekiranya anda pecinta seni & budaya asli penduduk setempat, bolehlah singgah di sini yang menempat sebuah rumah lama yang bercirikan senibina tradisional orang Melayu Terengganu. Rumah lama ini pernah rosak teruk ketika banjir besar dalam tahun 1900 dan pihak Muzium Negeri Terengganu bersama bantuan pakar-pakar tempatan telah berkerjasama untuk memulihkan kembali rumah ini. Sering menjadi lokasi untuk wedding photoshot & lawatan sambil belajar institusi pengajian.

kawasan pelancongan terengganuPerkampungan Cina – Merupakan satu kawasan yang pada asalnya adalah penempatan orang Cina yang berhijrah ke sini. Tarikan di sini lebih kepada senibina bangunan sekeliling yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan anda boleh melihat budaya-budaya orang Cina Terengganu di sini. Kebiasaannnya pelancong suka berjalan di sekitar sini sambil-sambil bergambar sebagai kenangan.

3. Zoo & Taman Haiwan di Terengganu

tempat bercuti di terengganu
Destinasi yang sangat ideal untuk yang berkeluarga atau mereka yang suka bergelumang manja-manja dengan haiwan-haiwan di Negeri Terengganu.

zoo kemaman terengganuZoo Kemaman – Kalau anda bercuti ke Kemaman atau Dungun, salah satu destinasi taman haiwan yang boleh dilawati adalah di Zoo Kemaman yang menempatkan pelbagai haiwan liar samaada yang dibawa dari dalam negara ataupun luar negara seperti gajah, harimau, singa, kucing hutan, buaya, tapir dan pelbagai spesis reptilia.

kelip kelip sungai yah yah kemamanKelip-kelip Sungai Yah Yah – Hanya terletak berdekatan dengan Zoo Kemaman, pengunjung boleh merasai pengalaman melihat kelip-kelip di Sungai Yah Yah yang beroperasi antara 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Kelip-kelip di sini memang banyak mengerumuni pokok-pokok di sepanjang sungai dan kebiasaannya membiak antara bulan Julai – Oktober.

santuari kelah tasik kenyir terengganuSantuari Kelah – Kebiasaannya ikan kelah memang susah untuk didekati tetapi di sini ikan kelah seperti menanti kehadiran pengunjung seolah-olah tidak sabar nak beramah mesra. Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Kenyir dan anda boleh ke sini dengan menaiki bot dari Pengkalan Gawi berjarak 16 km ( 30-40 minit perjalanan bot). Di sini terdapat kemudahan seperti galeri, pusat pembenihan ikan, akuarium & pusat penyelidikan ikan kelah.

kenyir elephant village terengganuKenyir Elephant Village – Merupakan sebuah pusat konservasi gajah yang baru dibuka pada tahun 2012. Di sini pengunjung boleh melihat telatah gajah-gajah terlatih & jinak beraksi dengan pelatihnya yang pasti mencuit hati anak-anak. Anda juga boleh merasai pengalaman menaiki gajah sambil ditemani pelatih mengelilingi kawasan yang ditetapkan.

pusat konservasi penyu rantau abangPusat Konservasi & Penerangan Penyu – Bagi yang ingin mendekati haiwan laut yang comel ini anda boleh berkunjung ke pusat konservasi yang terletak di Rantau Abang, Dungun. Di sini menempatkan pameran yang mempamerkan informasi berguna tentang spesis-spesis penyu yang ada di Terengganu. Terdapat juga kolam-kolam kecil yang menempatkan penyu-penyu sebelum dilepaskan di laut. Musim penyu bertelur adalah dari Mac sehingga September setiap tahun.

4. Taman Tema & Aktiviti Berkeluarga di Terengganu

taman tema aktiviti best terengganu
Berikut merupakan beberapa destinasi tempat menarik di Terengganu untuk melakukan aktiviti bersama keluarga dan anak-anak.
bercuti ke kenyir water parkKenyir Water Park – Terletak di Pulau Poh di mana pengunjung perlu menaiki bot di Pengkalan Gawi selama 10-15 minit sebelum sampai di sini. Taman tema air ini memang sangat unik kerana di samping mempunyai kolam air di darat, pengunjung dewasa boleh mencuba aktiviti yang mencabar dengan permainan-permainan air di tengah tasik atau dikenali sebagai Lake Playstation.

river cruise kuala terengganuTTI River Cruise  – Bagi mereka yang ingin menikmati keindahan panorama di Sungai Terengganu, anda boleh membawa keluarga untuk menaiki bot menyusuri sungai yang bermula dari jeti di Taman Tamadun Islam. Di sepanjang perjalanan anda boleh melihat pemandangan kampung nelayan, rumah atas air, tempat pembuatan bot dan juga melihat keindahan Masjid Kristal.

candat sotong marang terengganuCandat Sotong – Aktiviti mencandat sotong merupakan satu aktiviti yang popular di Terengganu khususnya di Marang. Kebiasaannya pelancong baik dalam dan luar negara akan ke sini setiap tahun terutamanya antara bulan April-Ogos bersama keluarga mahupun teman sepejabat. Bot bersama tekong boleh disewa untuk ke lokasi mencandat iaitu di sekitar Pulau Kapas. Dari jeti Marang ke lokasi mencandat memakan masa 30-40 minit dan bermula dari petang sehinggalah keesokan paginya.

tempat mandi manda terengganu budakPusat Akuatik MBKT – Pusat akuatik yang bernilai RM 18 juta ini terletak di Pantai Batu Buruk bersebelahan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah. Di sini terdapat kolam mandi samaada untuk kanak-kanak mahupun untuk dewasa yang pandai berenang. Sering menjadi kunjungan warga KT di hujung minggu untuk beriadah bersama anak-anak.

resort world kijal kemaman terengganuResort World Kijal – Bagi yang mencari penginapan yang menarik dengan kolam renang mandi manda yang sesuai untuk kanak-kanak, salah destinasi yang boleh anda cuba adalah di Resort World Kijal yang terletak di Kijal, Kemaman. Resort ini terletak di tepi pantai dan antara aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini ialah bermain jetski, melihat penyu bertelur, naik ATV, bermain golf dan sebagainya.

5. Tempat Menarik di Terengganu untuk membeli belah

tempat membeli belah terengganu
Kalau bercakap pasal tempat shopping di Terengganu, tempat seperti Pavillion shopping mall yang hebat di KL memang tiada di sini. Namun kalau bercakap pasal membeli belah batik, sutera, songket, produk ikan atau keropok, jawapannya memang banyak. Berikut merupakan destinasi popular di Terengganu untuk aktiviti kegemaran kaum hawa ini.

pasar besar payang ktPasar Payang – Semua produk negeri Terengganu boleh didapati di sini baik makanan seperti keropok keping, keropok sira, keropok lekor, ikan masin, serunding ataupun produk kraftangan seperti batik, songket, sutera, hasil tenunan, produk tembaga dan sebagainya. Lokasinya juga strategik dengan beberapa tarikan lain seperti Kampung Cina, Bukit Puteri, Dataran Shahbandar, Pulau Warisan & Bazar Warisan.

noor arfa batik complex chenderingKompleks Kraf Noor Arfa – Jenama Noor Arfa memang tidak asing lagi kalau sebut pasal produk batik. Di sini terdapat pelbagai jenis batik yang boleh didapati dan pengunjung juga boleh melihat atau merasai sendiri sendiri pengalaman bagaimana proses pembuatan batik seperti mencanting dilakukan.

desa murni batik gong kapas ktDesa Murni – Desa Murni merupakan satu nama pembekal kain yang cukup gah di Terengganu yang sering menjadi kunjungan pelancong untuk mendapatkan produk-produk fabrik dan juga membeli cenderahati seperti sutera dan batik. Terdapat beberapa cawangan di Terengganu seperti di Kuala Terengganu, Kuala Dungun & juga di Chukai, Kemaman.

Pusat Budaya Kraf TerengganuPusat Budaya Kraf Terengganu (PBKT) – Bagi yang ingin mencari produk kraftangan Terengganu baik batik, songket, barangan tembaga, anyaman, ukiran kayu dan sebagainya, apa kata anda ke sini. Terletak di Chendering dan hanya 15 minit memandu dari Bandar Kuala Terengganu. Di sini juga pengunjung boleh melihat pameran tentang kesenian produk kraf Terengganu dan juga berpeluang melihat sendiri bagaimana sesuatu produk dihasilkan. Kalau anda inginkan sesuatu produk kraf yang unik, boleh buat tempahan khas di sini.

bazar warisan kuala terengganuBazar Warisan – Bagunan yang masih baru dibuka setahun dua ini terletak hanya bersebelahan dengan Pasar Payang dan Bukit Puteri serta mengadap muara Sungai Terengganu. Bangunan 2 tingkat ini mempunyai lot-lot kedai yang khusus untuk menjual produk fabrik tempatan seperti batik Terengganu, sutera dan songket. Terdapat juga kedai yang menjual barangan cenderahati dan hasil kraftangan yang lain. Melihat pemandangan sungai dari tingkat dua terutamanya pada petang hari ketika angin bersepoi memang terbaik.

tempat shopping best terengganu ktKg Rusila, Rhu Rendang & Kelulut –  3 Kampung ini terletak di antara jalan besar Kuala Terengganu – Kuantan yang hanya kira-kira 20-30 minit memandu dari bandar Kuala Terengganu. Di sepanjang jalan di 3 kampung ini anda boleh berjumpa dengan banyak kedai-kedai yang menjual produk kraftangan terutamanya yang dihasilkan dari rotan, buluh dan daun mengkuang. Antara produk ialah tikar, kerusi rotan, bubu, tudung saji, gayung dan sebagainya. Di Kg. Kelulut juga banyak tempat yang menjual produk hasil laut seperti keropok lekor, keropok keping, sotong kering & ikan kering.

 6. Tempat Makan Best di Terengganu

tempat makan best di terengganu
Negeri Terengganu terkenal dengan banyak menu makanan yang sedap-sedap yang boleh anda cuba seperti nasi dagang, keropok lekor, ikan singgang, sotong sumbat/ketupat sotong, ikan celup tepung, nasi lemak ikan tongkol, laksa Terengganu, sata, otak-otak, pais dan sebagainya. Kalau bercakap bab kuih muih pula, memang banyak juga pilihan dengan nama-nama yang sungguh eksotik seperti kayu keramat, kuih ulat bulu, tok aji serban, nganang, tepung gomok, asa gupal, pulut lepa dan sebagainya. Berikut merupakan beberapa restoran atau tempat makan menarik di Terengganu yang boleh anda dapatkan makanan tradisional Terengganu seperti di atas.

restoran nasi dagang terengganu sedap-minNasi Dagang: Anda boleh mencuba sarapan pagi nasi dagang di 4 kedai ini yang popular dengan nasi dagangnya dan saling bersaing antara satu sama lain dari segi kemahsyuran seperti Manchester City, Manchester United, Chelsea & Arsenal.
  • Warung Nasi Dagang Kak Jah – Terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu
  • Warung Nasi Dagang Kak Pah – Terletak di deretan food court Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
  • Restoran Nasi Dagang Mak Ngah – Terletak di antara jalan bandar Kuala Terengganu – Chendering berdekatan dengan Masjid Sultan Ismail
  • Warung Power/ Warung Nasi Dagang Pok Din – Terletak di Bandar Dungun, Dungun.

keropok lekor terengganu sedapKeropok Lekor: Destinasi untuk beli keropok lekor memang banyak di Terengganu. Berikut merupakan destinasi popular yang boleh anda terjah:
  • Keropok Lekor BTB 2209 – Terletak di Kampung Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Selain keropok lekor biasa anda juga boleh beli keropok lekor edisi keju, lada hitam dan juga bawang.
  • Keropok Lekor Kg Losong – Kampung Losong memang popular sebagai destinasi borong keropok lekor. Banyak gerai di sini yang mempunyai peminat-peminat tersendiri. Rasa dulu sebelum borong.
  • Keropok Lekor Seri Sura – Kalau di Dungun anda boleh ke sini untuk mendapatkan pelbagai jenis keropok dan juga produk hasil laut yang disejukbeku. Kedainya yang berlokasi di Jalan Pantai Sura, Kuala Dungun boleh dikatakan kedai keropok terbesar di Terengganu.
  • Kampung Geliga – Lokasinya berdekatan Bandar Chukai di Kemaman dan tidak jauh dari sempadan negeri Pahang. Banyak gerai-gerai yang boleh anda singgah kalau on the way ke Kuantan/ KL.
  • Keropok Lekor Mengabang Tapah – Kedai ini terletak di Kampung Pantai Merang, Setiu beberapa Km sebelum samapai di Jeti Merang.
  • Keropok Lekor 008 Kelulut – Kedainya terletak di antara jalan utama KT-Kuantan di Kampung Kelulut, 4 km selepas Bandar Marang.
  • Keropok Lekor Sukaramai – Terletak di Kampung Mengabang Lekar, Batu Rakit yang berada di tengah-tengah perjalanan kalau menuju ke Jertih melalui Jalan Pantai.

sata kemaman terengganu sedap-minSata, otak-otak, pais & pulut lepa: 4 jenis makanan ini memang popular di Terengganu terutamanya di Kampung Geliga, Kuala Kemaman. Terdapat beberapa restoran/warung di sini yang menjadi pilihan penduduk setempat untuk makan-makan santai di waktu petang.
  • Warung Otak-Otak Che Wan: Terletak di Kuala Kemaman berdekatan dengan simpang ke Pantai Mak Nik. Banyak pilihan makanan santai yang ada di sini dan yang paling menjadi kegilaan pengunjung ialah otak-otak dan satanya.
  • Warung Aziz Satar – Terdapat dua Kedai Aziz Satar di sini yang terletak juga di Kuala Kemaman dan tidak jauh antara satu sama lain. Warung ini merupakan pesaing paling sengit untuk Warung otak-otak Che Wan.

kedai makan sedap di terengganuLauk Pauk Terengganu – Kalau anda nak makan tengahari dengan lauk pauk Terengganu, ada beberapa restoran yang popular yang boleh anda cuba di sekitar Terengganu.
  • Restoran Kuah Singgang – Singgang merupakan lauk yang sangat sinonim dan di sini anda boleh dapatkan pelbagai jenis lauk singgang seperti daging, sotong, ikan dan sebagainya.
  • Restoran Mat Binjai – Restoran yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu ini agak kecil dan biasa-biasa sahaja namun kalau anda mencari lauk pauk orang Terengganu yang sedap, sangat dicadangkan untuk singgah di sini.
  • AZ Selera Timur – Restoran ini terletak di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu dan menyajikan pelbagai jenis lauk pauk yang banyak untuk dicuba.
  • Restoran Ani Selera Kampung – Restoran ini terletak di Kuala Kemaman dan mempunyai berderetan lauk pauk pantai timur. Sering menjadi pilihan orang setempat untuk makan tengahari berlaukkan selera kampung.

ikan celup tepung terengganu-minIkan celup tepung (ICT) memang tidak dapat dipisahkan dengan rakyat jelata orang Terengganu. Kalau seminggu tak pekena ICT, lidah orang Terengganu boleh berubah cakap KL. Berikut merupakan destinasi popular untuk menu ini.
  • Pantai Mengabang Telipot – Destinasi ini terletak kira-kira 30 minit dari bandar Terengganu dan mempunyai beberapa warung yang menyajikan menu ICT samaada ikan kembung, ikan pari, keropok lekor & makanan santai lain. Antara kedai yang popular di sini ialah Warong Pok Nong & Warung Adik Beradik (Sri Kolam).
  • Pantai Teluk Ketapang/ Pantai Airport – Destinasi pantai rekreasi ini terletak di area Seberang Takir bersebelahan dengan Airport Telaga Batin kira-kira 20 minit memandu dari bandar KT. Antara warung yang popular di sini ialah ICT Hj Pok Long, Firdausy Seafood Corner & beberapa lagi yang tidak kurang menariknya.
  • Pantai Pandak – Terletak di Chendering terdapat satu warung kecil yang popular di kalangan orang setempat untuk makan ICT. Lokasinya berdekatan dengan pendaratan ikan di Chendering pasti memberi menu makanan yang segar-segar untuk digoreng tepung.
  • Pantai Penarik/ Pantai Rhu 10 – Kalau anda menuju ke Kelantan melalui Jalan Pantai, bolehlah singgah di Pantai Penarik yang mempunyai banyak gerai yang menghidangkan ikan celup tepung seperti Gerai Hasnik Seri Menantik dan sebagainya.
  • Pantai Dungun – 3 minit perjalanan dari Bandar Dungun, anda boleh menjumpai beberapa gerai yang menjual ICT di sepanjang pesisir Pantai Teluk Lipat-Pantai Teluk Gadong. Antara warung yang popular di sini ialah Kedai Pink House d’patta.
  • Pantai Kelulut – Mempunyai beberapa warung/gerai yang menghidangkan makanan santai ICT pada waktu petang, anda juga boleh ke medan ikan bakar di Kelulut pada waktu malam untuk menjamu sotong celup tepung.

gerai kuih tradisional terengganuTempat untuk beli kuih muih tradisional Terengganudi Terengganu:
  • Kedai Kuih Gong Kapas – Merupakan one stop centre untuk mereka yang mencari kuih muih tradisional Terengganu. Terletak di Kampung Gong Kapas dan hanya 5 minit memandu dari Pantai Batu Buruk atau Bandar Kuala Terenganu.
  • Gerai Kuih Che’ Tar – Terletak di dalam Bandar Kuala Terengganu di Jalan Sultan Sulaiman. Pelbagai aneka kuih muih tradisional ada dijual baik untuk sarapan pagi atau untuk tempahan kenduri kendara.
  • Pasar Besar Kedai Payang – Di bahagian kuih muih di dalam pasar, anda boleh mencari beberapa gerai yang menjual kuih muih tradisional.
  • Pasar Chabang Tiga & Pasar Bukit Besar – 2 pasar kecil ini terletak tidak jauh dari Bandar KT. Anda juga boleh mencari pelbagai kuih muih dan makanan orang Terengganu di sini baik kuih muih ataupun makanan berat.
  • Pasar Batu 6 – Kalau anda dari Bandar KT menaiki Jambatan Sultan Mahmud menuju ke Kelantan, anda akan jumpa pasar ini di roundbout Batu 6 sebaik habis perjalanan Jambatan Sultan Mahmud.


Itulah dia serba sedikit untuk rujukan anda tentang tempat menarik di Terengganu yang boleh dilawati. Semoga memberi anda sedikit idea mana nak pergi kalau dah bercuti ke Negeri Cantik Budaya Menarik InsyaAllah Rakyatnya Baik-Baik. Sila SHARE dengan orang-orang kampung ye. Wassalam.

sumber :https://www.caridestinasi.com/senarai-tempat-menarik-di-terengganu/

Tuesday, 9 January 2018

Menyewa kereta untuk kerja2 Projek ECRL(Landasan Keretaapi Pantai Timur)

Menyewa kereta kerana menjalankan Projek ECRL(Landasan Keretaapi di Pantai Timur) di Terengganu. Alhamdulilah..mudah berurusan katanya.
#ECRL
#pantaitimur
#keretasewakualaterengganu
#keretasewaterengganukite
0197434242
0197434242
0197434242
#klezcar
#keretasewa