Friday 16 September 2016

Rumah untuk disewa di beranang (bandar Tasik Kesuma Fasa 7) kemasukan oktober 2016

Assalamuaum... wbt.
Mencari rumah sewa di area Beranang ????
Bandar Tasik Kesuma Fasa 7
Rumah Teres 2 Tingkat
4 bilik 3 bilik air
Berdekatan Tesco Semenyih

Boleh Hubungi/Whatsapp 013 490 4242
**********************
http://www.bandartasikkesuma.info/
Bandar Tasik Kesuma merupakan sebuah kawasan perumahan baru yang telah dibangunkan sejak tahun 2001. Terletak di antara Semenyih dengan Beranang iaitu kira-kira 13 km dari Kajang dan 5 km dari bandar Semenyih.
taman rekreasi bandar tasik kesuma
Dari Kuala Lumpur terdapat 2 lebuhraya yang menghubungkan Kajang dan Semenyih iaitu Lebuhraya Grand Saga Cheras-Kajang dan Lebuhraya Silk. Setelah melepasi Kajang, anda perlu mendapatkan laluan menghala ke Seremban melalui jalan lama seterusnya tiba di pekan Semenyih. Dari pekan Semenyih, teruskan perjalanan ke arah Seremban dan anda akan tiba di Bandar Tasik Kesuma dalam jarak masa 5 minit.
Bandar Tasik Kesuma ini dibina atas sebahagian Lot 775, Mukim Beranang, Selangor Darul Ehsan. Kawasan perumahan ini dibangunkan oleh pemaju Agenda Istimewa Sdn Bhd dan ianya mula dibangunkan sejak tahun 1998 dan mula diduduki sejak 2001. Taman-taman perumahan yang berdekatan dengannya ialah Bandar Rinching, Taman Pelangi Semenyih, Taman Pelangi Semenyih 2, Taman Rinching Indah, Kampung Rinching Tengah, Kampung Rinching Hulu, Taman Semenyih Parklands, Eco Hill, Eco Majestic, pekan Semenyih dan pekan Beranang.
Jarak ke daerah-daerah utama
13km ke Kajang
23km ke Putrajaya
33km ke Kuala Lumpur
33km ke Seremban
Bandar Tasik Kesuma mudah diakses menggunakan lebuhraya SILK, LEKAS dan lebuhraya Cheras-Kajang.
Projek perumahan di Eco Hill akan mempunyai jalan akses ke lebuhraya LEKAS bagi membolehkan kenderaan keluar masuk ke Jalan B18, Bangi-Dengkil sebelum memasuki persimpangan Plaza Tol Semenyih (Lebuhraya Lekas) di Sungai Purun.
Manakala projek perumahan Eco Majestic pula akan mempunyai jalan aksesnya sendiri menghala ke lebuhraya LEKAS. Eco Majestic dapat diakses melalui pintu gerbang di laluan East Gate yang terletak bersebelahan Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma.
Dengan tempias pembangunan di kawasan perumahan setempat, Bandar Tasik Kesuma telah dapat menikmati hasil pembangunan hartanah yang meningkat berkali-kali ganda kesan dari laluan akses ke lebuhraya LEKAS dan juga kewujudan pasaraya besar Tesco di Pelangi Semenyih.
#rumahsewa




1 comment: