Sunday, 30 August 2015

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209


 

Keropok lekor merupakan makanan yang sangat popular di Terengganu. Bagi mereka yang selalu membeli keropok lekor pasti tahu tempat yang menjual keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok lekor Terengganu terkenal dengan ramuan isi ikan yang lebih banyak berbanding yang dijual di Kuala Lumpur atau tempat lain. Disini kami ingin kongsikan di mana anda boleh mendapatkan keropok lekor yang sedap!
Dulu keropok losong memang popular dan sering menjadi bualan, tetapi kini Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB2209 atau lebih dikenali sebagai Keropok Lekor Nombor ataupun beratur… Kenapa nombor? Oleh kerana terlampau ramai orang yang datang membeli sewaktu cuti sekolah dan hujung minggu, mereka menggunakan angka giliran seperti di Bank dan Pejabat pos untuk mengelakkan barisan yang panjang. Sistematik kan?
Keropok Lekor Bukit Tok Beng
Keropok Bukit Tok Beng terkenal dengan kesedapan keropoknya yang mempunyai kuantiti isi ikan yang banyak. Kebanyakan penjual keropok lekor yang lain kurang rasa ikannya kerana harga ikan yang mahal. Sos pencicahnya yang pekat dan pedas berjaya menambat hati penggemar keropok lekor. Boleh dikatakan setiap kali balik Terengganu penulis akan membeli lebih untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.
Ada dua jenis keropok lekor yang biasa dijual, yang bergoreng dan yang direbus. Keropok Lekor Bukit Tok Beng turut menjual keropok lekor yang siap divacuum dalam plastik. Kelebihan yang divacuum ini adalah ianya lebih tahan lama sebab kedap udara. Tetapi, perlu order sehari sebelum.
Keropok Lekor Bukit Tok Beng 6
– Keropok yang di Vacuum perlu di order sehari sebelum
Kalau rasa nak makan keropok lekor panas-panas pun boleh. Di sini turut disediakan sebuah kafe yang menjual keropok goreng tanpa rebus yang sememangnya sangat enak. Jadi, sambil tunggu keropok lekor siap dibungkus boleh order untuk makan terus terutama bagi mereka yang akan berjalan jauh.
Keropok Lekor Bukit Tok Beng 3
– Kaunter 1 : Ambil nombor sekiranya ramai orang, tunggu nombor di panggil.. Kalau tiada orang, boleh terus membeli di kaunter 1
Keropok Lekor Bukit Tok Beng 4
– Kaunter 2 : Jualan keropok keping ..
Keropok Lekor Bukit Tok Beng 5
– Kaunter 4 : Sementara tunggu keropok rebus, boleh beli keropok goreng untuk dimakan sementara menunggu.
Keropok Lekor Bukit Tok Beng 7
Sekarang, anda boleh buat tempahan keropok lekor di laman web rasmi Keropok Lekor Bukit Tok Beng. Senang sahaja, ia termasuk delivery.


Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209
Kampung Bukit Tok Beng,
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu
No. tel :
017-966 1209/ 012-562 0748
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang
sumber : http://myselera.com

Keropok Lekor




Keropok Lekar adalah  makanan yang sangat popular. Samada keropok lekar rebus atau keropok lekar goreng. Saya sendiri sekeluarga smemangnya tidak pernah puas menikmati keropok setiap hari. Keropok yang paling popular ialah keropok losong. Keropok losong ini menjadi pelopor keropok yang digorenng terus tanpa direbus terlebih dahulu.












Resepi Pembuatan Keropok

1kg isi ikan

1kg tepung kanji (tepung ubi)
1 bungkus mauripan
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil sebuk bikarbonat
sedikit garam dan air

Cara Pembuatannya

1. Mula-mula,isi ikan dikisar sampai halus bersama tepung kanji dan air. ( Jangan terlalu halus..kurang sedap..air jgn terlalu byk..agak2 boleh untuk dikisar je).
2. Masukkan sedikit garam,serbuk penaik dan serbuk bikarbonat serta mauripan..kisar lagi.
3.Kemudian tuang ke dalam bekas acuan..digaul sekali lagi bersama sedikit tepung ubi sehingga
tidak melekat pada tangan.Jangan terlalu byk tepun ubi supaya isi akan dapat dirasa apabila
dah menjadi keropok..
4. Kemudian ambil sedikit acuan tadi dipital menjadi panjang seperti keropok lekor yang dijual di
pasaran..
5. Didihkan air dalam periuk,kemudian masukkan keropok tadi...apabila masak,keropok tadi
akan terapung dipermukaan air..Kemudian bolehlah diangkat..
6. Bolehlah dimakan dicicah dgn sos atau sebagainya..jika anda suka menggoreng..pastikan
keropok tadi sejuk terlebih dahulu barulah dipotong..


Kredit Resepi : http://qurratulain.blogspot.com/2006/05/resepikeropok-lekor.html






Kedai Keropok Losong

Warisan Losong Enterprise
74 -E Losong Haji Su
210000 Kuala Terengganu
Tel : 019 919 6455
Blog : http://keropokwarisanlosong.blogspot.com/
Email : warisanlosong@yahoo.com


Kedai Keropok Mengabang Lekor
Keropok Lekor Sukaramai
173 Kg Mengabang Lekor
Kuala terengganu
Tel; : 019 6697381

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209
Kampung Bukit Tok Beng,
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu
No. tel : 017-966 1209 / 012-562 0748
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang


http://trulyterengganu.blogspot.com

Nasi Dagang




Nasi Dagang merupakan makanan warisan Terengganu. Mana-mana tempat di Terengganu ada menjual nasi dagang. Nasi dagang diperbuat dari campuran beras pulut dan beras biasa. Ianya dipadankan dengan kuah gulai ikan tongkol atau di Terengganu ianya dipanggil 'ikan aya'. Pada zaman saya masih kanak-kanak ada satu tempat menjual nasi dagang yang sangat terkenal di Terengganu iaitu ' nasi dagang mok choh'.




Kedai Nasi Dagang yang terkenal di Kuala Terengganu

  • Nasi Dagang Kak Yah di Bukit Besar (Sebelah Traffic light Simpang Bukit Besar)

  • Nasi Dagang ' Koyah' Kg Ladang (Masuk melaui SK Ladang, Dekat Surau Hj Awang)

  • Nasi Dagang Chendering. (Deretan Tepi Jalan)

Resepi Nasi Dagang 

Bahan:
* 4 cawan beras yg elok ( guna beras wangi) + 1 cawan beras pulut
* 1 tin(400ml) santan pekat
* 4 ulas bawang putih-hiris kecil2
* 6 ulas bawang merah-hiris kecil2
* 1 inci halia - hiris kecil2
* 1 sudu makan halba
* garam

Cara-cara :

1. Bersih beras dan rendam semalaman
2. Utk santan pekat guna 3/4 tin santan campur 1/3 cwn air. Manakala santan cair ambik 1/4 tin santan dan ditambah 1/3 cawan air .
3. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit atau sehingga keluar asap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar.


Gulai Ikan Tongkol (Lauk Nasi Dagang Trengganu)
Sumber ; Sajian Di Perantauan

Bahan
1 ekor ikan tongkol/mackerel sed besar - guna 2 ekor ikan tongkol saiz kecil
4 kpg asam keping
4 sm cili boh/lada kering - guna 3 sudu saja
1 biji kelapa - guna 1 pkt santan debu
3 biji cili merah -belah 2 memanjang/cili padi
2 sm gula merah
5 biji belimbing buluh (jika ada) - tak ada, ganti buah tomato
garam secukupnya,minyak
2 sudu kerisik
*saya tambah 2 sudu besar rempah gulai ikan-serbuk kari ikanpun boleh

bahan2 kisar
2 sm ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
10 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit

Cara memasak:
1. Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. Seelok disimpan satu malam.
2. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air .
2. Masukkan santan,gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik, biarkan kuah agak pekat.
4. Sebelum diangkat masukkan cili merah/cili padi dan buah belimbing.


sumber : http://trulyterengganu.blogspot.com

Sata makanan tradisional terengganu

Sata merupakan satu makanan tradisonal Terengganu. Sata di perbuat dari isi ikan yang digaul dengan kelapa parut dan ditambah dengan lada, garam, halia dan gula. Sebenarnya sata merupakan salah satu makan kegemaran keluarga saya. Beli banyak atau sedikit, mesti akan habis dimakan. Kebiasaanya ada boleh membelinya di deretan kedai menjual keropok goreng di Kelulut.  Saya ditunjukan cara membuat sata oleh seorang peniaga gerai di Chendering tentang cara pembuatan dan pembungkusan sata. (Sebagaiman gambar diatas)


Saya ingin berkongsi satu artikel / ulasan menarik tentang keenakan sata Terengganu yang saya baca dari website dibawah :


Sata or Satah is probably Terengganu best kept secret. I had been to Terengganu four times and wonder why I had never heard or seen sata until now? It is simply the most delicious snack Terengganu has to offer. There are two variations. One is the conical shape one as seen above which I bought along the road leading to Merang. If you are going to Redang Island, you are bound to see these stalls lining the roadside.




The grilled sata which is selling for only RM2 per stick with four packets. Inside, there is the most flavourful and fragrant packet of fish paste mixed with onion, ginger and cut red chillies. These conical shape ones are not spicy and my children love them.


Meanwhile, another version which I bought from Seberang Takir near Kuala Terengganu has a different shape. This packet is very spicy and taste really nice. These are all freshly out of the charcoal grill and hence smell soooo good.


I did a google for Sata and am so glad that Boo has shared a recipe which she found from Flavours Magazine. It is made of blended paste of fish, onion, ginger, coconut, chillies and tumeric leave. Now, I can experiment making my own sata without driving 475 KM to Kuala Terengganu for them.
I have tried so many new dishes while in Terengganu apart from the regular Nasi Dagang and keropok lekor. Watch out for the Terengganu series…

Artikel dipetik dari :
sumber dari : http://trulyterengganu.blogspot.com

kuih muih dang makanang tradisonal terengganu kita

Ekoran dari penyiaran beberapa artikel tentang info kuih muih tradisional Terengganu, pihak kami merasakan adalah perlu disertakan peta lokasi beberapa tempat yang terlibat dalam penjualan kuih muih tradisional Terengganu. Peta lokasi ini dapat memudahkan pelancong luar untuk membeli dan menikmati pelbagai kuih muih tradisonal Terengganu.

Kuih seperti Jala Mas, Asam Gupal, Lompat Tikam, Akok, Sekaya, Menganang dan lain-lain lagi amat sukar didapati di tempat jualan kuih atau makanan. Peta ini juga dilengkapkan direktori alamat dan no telefon bagi memudahkan pengguna untuk membuat pesanan atau mendapatkan maklumat tentang kuih tersebut.
Sumber : http://trulyterengganu.blogspot.com

Sunday, 9 August 2015

kereta sewa pandu sendiri

anda memerlukan kereta pandu sendiri?
jangan risau, kami klezcar kuala nerus ada menyediakan perkhidmatan ini.
Bagi yang memerlukannya di Airport Kuala Terengganu, Jeti Shahbandar, Stesen Bas Kuala Terengganu dan kawasan-kawasan yang lain, perkhidmatan penghantaran disediakan dengan cas yang minima.

Sila hubungi kami
Talian Terus : 019-743-4242
Hotline : 1300-88-4040 www.klezcar.com

Saturday, 8 August 2015

Soal Jawab Berkenaan Kereta Sewa

FAQ

Soalan yang sering ditanya (FAQ)

S : Kenapa harga sewa kereta lagi mahal atau sama mahal macam sewa bilik atau rumah?
J : Sebab kereta adalah aset/harta yang bergerak, bila bergerak mileage makin naik, dan perlukan maintenance yang banyak untuk memastikan kereta sentiasa dalam kondisi terbaik. Rasionalnya, rumah makin lama makin mahal harga, tapi kereta makin lama makin turun harga. :)

S: Kenapa kena bagi dokumen penting untuk sewa kereta, kalau bagi duit atau IC saja tak boleh ke?

J : Sebab kami buat kereta sewa tanpa pemandu, pendek kata kami bukan teksi. Justeru amat penting segala dokumen yang diperlukan untuk memastikan risiko-risiko yang boleh berlaku dapat dikurangkan, dan ini juga sebagai tanda kejujuran dan keikhlasan penyewa. Bayangkan jika ada orang ingin meminjam kereta anda padahal anda tak pernah mengenalinya, secara logiknya anda pasti takkan beri pinjam kan. :)

S: Kenapa Kena Bayar Deposit? Bayar untuk yang kita nak sewa sudahlah.
J: Deposit ini Sebagai Bayaran Securiti untuk Kereta sewa kami sekiranya terjadi apa-apa pada kereta,seperti Calar,Kotor,Kereta Berbau,Contoh Sekiranya anda meminjam kereta dengan kami dan,setelah selesai semuanya dan dipulangkan semula.. Didapati kereta berbau busuk dan sangat kotor. Dengan Bayaran Deposit ini yang akan mencover balik sekiranya dalam masa yang sama ada pihak hendak menyewa,tapi tidak dapat menyewa. Dan Bayaran ini akan menjadi kos pembersihan untuk kereta.

S: Kereta Sewa Korang kereta baru ke kereta lama? 
J: Jangan risau,semua kereta kita baru dan berkeadaan baru,elok,dan boleh berjalan jauh kita sangat menjaga maintenance dan servies sekiranya sudah sampai masa,Kita juga mempunyai Res Q team sekiranya kereta breakdown atau mengalami masalah diatas jalan raya.

S: Minyak Isi sendiri ke?
Biasanya Minyak akan ditanggung oleh penyewa, Kebiasaan penyewa akan mendapat minyak yang cukup untuk penyewa memulakan perjalanan

S: Bila Masa yang sesuai untuk Booking Kereta untuk Hari-Hari Biasa atau cuti Umum.
J: Buat Booking anda sekarang juga sebelum terlambat.On the spot booking tidaklah digalakkan..Sekiranya jika anda ingin menyewa pada hari Jumaat ,Sabtu Ahad ,seeloknya Telefon kami 1-2 hari untuk memudahkan anda mendapat kereta pada hari yang berkenaan. 

Note: posting ini di copy n paste (ada edit skit) dari //www.keretasewapj.blogspot.com/

* Kereta Sewa klezcar Kuala Nerus menawarkan perkhidmatan kereta sewa di sekitar Airport, Jeti Shahbandar, Gong Badak, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Setiu, Dungun, Besut, Kuala Berang dan Kemaman. Call direct line Kereta Sewa KLezcar Kuala Nerus 019-743-4242 atau 
Hotline 1300-88-4040.

Langgar Kereta Depan

Penagalaman Kereta Sewa PJ dalam tempoh 2 tahun setelah mengusahakan perkhidmatan kereta sewa di Kuala Lumpur ini mengundang banyak pengalaman.

Kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya dalam menangani isu langgar kereta depan. Pertama sekali bila kejadian ni berlaku, kereta belakang lah yang salah walaupun kereta depan tu yang brek mengejut, alasan pihak berkuasa adalah kereta belakang follow terlalu rapat.Nak tak nak kereta belakang kena saman rm300.

Kereta Sewa PJ | Eksiden

Dan kos kerosakan kereta depan ni akan di claim sepenuhnya keatas NCD insurans kereta belakang. Dan jika kereta belakang tu menggunakan insurans thurd party, maka kos kerosakan kereta belakang tu tidak boleh di claim dari insurans, maka kena keluar duit poket sendri la.

Apa nasihat saya bila berlakunya kes ini adalah:

1. Jangan panik.
2. Jangan meninggi suara, jangan marah, jangan emo. Benda dah jadi, tak guna nak marah2.
3. Settlekan secara baik, amik no plat kereta depan, nama dan no tel pemandu.
4. Kalau teruk sgt kerosakan, claim jer insurans. Kalau tak teruk, bayar jer la.

Apabila melibatkan claim insurans ni, biasanya akan melibatkan masa yang agak panjang. Jadi jangan bimbang dan gusar, jika anda memerlukan transport sementara, jangan lupa dan malu untuk hubungi kami, Kereta Sewa KLezcar Kuala Nerus di talian 019-743-4242. Jika kami tidak menjawab panggilan anda, sila sms/wassap. Kami akan hubungi anda semula.

Note: posting ini di copy n paste (ada edit skit) dari //www.keretasewapj.blogspot.com/

* Kereta Sewa klezcar Kuala Nerus menawarkan perkhidmatan kereta sewa di sekitar Airport, Jeti Shahbandar, Stesen Bas Kuala Terengganu, Gong Badak, Marang, Setiu, Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Kemaman. Call direct line Kereta Sewa KLezcar Kuala Nerus 019-743-4242 atau 
Hotline 1300-88-4040.


Friday, 7 August 2015

Kereta Untuk Disewa..

Kereta masih available untuk disewa minggu ini..alza,myvi, saga dan axia sedang menunggu anda..jangan malu2 untuk menghubungi kami..telefon,whatsapp dan mesej, kami sedia melayani anda untuk sebarang pertanyaan...

019-743-4242
1300-88-4040(hotline)

PELUANG JANA PENDAPATAN 5 ANGKA MELALUI PERNIAGAAN KERETA SEWA BERSAMA KLEZCAR

PELUANG JANA PENDAPATAN 5 ANGKA MELALUI PERNIAGAAN KERETA SEWA BERSAMA KLEZCAR
Alhamdulillah sehingga waktu ini klezcar sudah mempunyai sebanyak 54 cawangan yang sudah beroperasi di semenanjung dan 12 cawangan lagi akan dibuka bulan depan dan semuanya hanya disemenanjung Malaysia.
Ada tak di Sabah dan Sarawak yg berminat nak buat kereta sewa? Atau yg tngh buat bisnes kereta sewa dan nak tahu lebih mendalam pasal perniagaan ini?
Bagi warga sabah dan sarawak,insyaallah kami akan ke sana pada hujung minggu ini untuk memberi penerangan secara lebih dekat akan potensi perniagaan kereta sewa dan apa yang klezcar boleh hulurkan bantuan dan bimbingan kepada anda semua untuk sama-sama berjaya dalam perniagaan ini, insyaallah.
Disini disertakan maklumat jadual roadtour kami:
Kuching,Sarawak:
Sabtu
8 Ogos 2015
2pm-6pm
Regal court hotel
Kota Kinabalu, Sabah:
Ahad
9 Ogos 2015
10am-12pm
Dreamtel hotel
Makan dan minum disediakan
Yuran penyertaan rm50 sahaja.
PERCUMA jika mendaftar lebih dari 3 orang.
Untuk mendaftar:
Bank in Rm50 kepada
Klezcar Travel & Tours Sdn Bhd
8602014093
Dan emelkan bukti pembayaran,nama,no. Tel dan lokasi(sabah@sarawak) ke tour@klezcar.com
Jumpa anda disana!
www.klezcar.com
"Why dreaming?Rent it"
019-743-4242 (direct line)
1300 88 4040 (hotline)