Keropok lekor merupakan makanan yang sangat popular di Terengganu. Bagi mereka yang selalu membeli keropok lekor pasti tahu tempat yang menjual keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok lekor Terengganu terkenal dengan ramuan isi ikan yang lebih banyak berbanding yang dijual di Kuala Lumpur atau tempat lain. Disini kami ingin kongsikan di mana anda boleh mendapatkan keropok lekor yang sedap!
Dulu keropok losong memang popular dan
sering menjadi bualan, tetapi kini Keropok Lekor Bukit Tok Beng
BTB2209 atau lebih dikenali sebagai Keropok Lekor Nombor ataupun
beratur… Kenapa nombor? Oleh kerana terlampau ramai orang yang datang
membeli sewaktu cuti sekolah dan hujung minggu, mereka menggunakan angka
giliran seperti di Bank dan Pejabat pos untuk mengelakkan barisan yang
panjang. Sistematik kan?
Keropok Bukit Tok Beng terkenal dengan
kesedapan keropoknya yang mempunyai kuantiti isi ikan yang banyak.
Kebanyakan penjual keropok lekor yang lain kurang rasa ikannya kerana
harga ikan yang mahal. Sos pencicahnya yang pekat dan pedas berjaya
menambat hati penggemar keropok lekor. Boleh dikatakan setiap kali balik
Terengganu penulis akan membeli lebih untuk dibawa balik ke Kuala
Lumpur.
Ada dua jenis keropok lekor yang biasa
dijual, yang bergoreng dan yang direbus. Keropok Lekor Bukit Tok Beng
turut menjual keropok lekor yang siap divacuum dalam plastik. Kelebihan
yang divacuum ini adalah ianya lebih tahan lama sebab kedap udara.
Tetapi, perlu order sehari sebelum.
Kalau rasa nak makan keropok lekor
panas-panas pun boleh. Di sini turut disediakan sebuah kafe yang menjual
keropok goreng tanpa rebus yang sememangnya sangat enak. Jadi, sambil
tunggu keropok lekor siap dibungkus boleh order untuk makan terus
terutama bagi mereka yang akan berjalan jauh.
Sekarang, anda boleh buat tempahan keropok lekor di laman web rasmi Keropok Lekor Bukit Tok Beng. Senang sahaja, ia termasuk delivery.
Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209
Kampung Bukit Tok Beng,
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu
No. tel :
017-966 1209/ 012-562 0748
Website : www.btblekor.com. my
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang
sumber : http://myselera.com
No comments:
Post a Comment