Nasi
Dagang merupakan makanan warisan Terengganu. Mana-mana tempat di
Terengganu ada menjual nasi dagang. Nasi dagang diperbuat dari campuran
beras pulut dan beras biasa. Ianya dipadankan dengan kuah gulai ikan
tongkol atau di Terengganu ianya dipanggil 'ikan aya'. Pada zaman saya
masih kanak-kanak ada satu tempat menjual nasi dagang yang sangat
terkenal di Terengganu iaitu ' nasi dagang mok choh'.
Kedai Nasi Dagang yang terkenal di Kuala Terengganu
Nasi Dagang Kak Yah di Bukit Besar (Sebelah Traffic light Simpang Bukit Besar)
Nasi Dagang ' Koyah' Kg Ladang (Masuk melaui SK Ladang, Dekat Surau Hj Awang)
Nasi Dagang Chendering. (Deretan Tepi Jalan)
Resepi Nasi Dagang
* 4 cawan beras yg elok ( guna beras wangi) + 1 cawan beras pulut
* 1 tin(400ml) santan pekat
* 4 ulas bawang putih-hiris kecil2
* 6 ulas bawang merah-hiris kecil2
* 1 inci halia - hiris kecil2
* 1 sudu makan halba
* garam
Cara-cara :
1. Bersih beras dan rendam semalaman
2. Utk santan pekat guna 3/4 tin santan campur 1/3 cwn air. Manakala santan cair ambik 1/4 tin santan dan ditambah 1/3 cawan air .
3. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit atau sehingga keluar asap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar.
Gulai Ikan Tongkol (Lauk Nasi Dagang Trengganu)
Sumber ; Sajian Di Perantauan
Bahan
1 ekor ikan tongkol/mackerel sed besar - guna 2 ekor ikan tongkol saiz kecil
4 kpg asam keping
4 sm cili boh/lada kering - guna 3 sudu saja
1 biji kelapa - guna 1 pkt santan debu
3 biji cili merah -belah 2 memanjang/cili padi
2 sm gula merah
5 biji belimbing buluh (jika ada) - tak ada, ganti buah tomato
garam secukupnya,minyak
2 sudu kerisik
*saya tambah 2 sudu besar rempah gulai ikan-serbuk kari ikanpun boleh
bahan2 kisar
2 sm ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
10 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit
Cara memasak:
1. Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. Seelok disimpan satu malam.
2. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air .
2. Masukkan santan,gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik, biarkan kuah agak pekat.
4. Sebelum diangkat masukkan cili merah/cili padi dan buah belimbing.
Sumber Resepi : http://mamasya.fotopages.com/
sumber : http://trulyterengganu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment